logo

Penyataan Privasi untuk Penggunaan Vivy

Penyataan Privasi untuk Penggunaan Vivy App

(Versi 1.8, April 2022)

Vivy GmbH ("Vivy"/"Kita"/ "Kami") menawarkan anda peluang untuk mengumpulkan maklumat mengenai tahap kesihatan dan kecergasan anda melalui kuiz dan aktiviti lain dan menyimpan maklumat ini di profil anda di Vivy-App. Berdasarkan profil ini, Vivy-App akan memberi anda maklumat mengenai gaya hidup yang lebih sihat dan pencegahan penyakit. Perlindungan data anda sangat penting bagi kami. Oleh yang demikian, data kesihatan anda akan disimpan secara eksklusif pada telefon pintar anda dan tidak boleh diakses oleh Vivy atau pihak ketiga. Sila ambil maklum bahawa Vivy tidak memberikan nasihat perubatan dan tidak terikat dengan maklumat sulit perubatan. Sila luangkan masa untuk membaca pernyataan privasi ini dengan teliti.

Umum:

Penyataan Privasi untuk Penggunaan Vivy
(Versi 1.8, April 2022)

Bahagian Am

§ 1 Nama dan alamat pengawal data
§ 2 Maklumat hubungan pegawai perlindungan data
§ 3 Pendaftaran/Pengurusan akaun
§ 4 Khidmat Pelanggan
§ 5 Penyediaan cadangan, kandungan dan maklumat yang tidak disaring melalui mesej kesihatan
§ 6 Hak anda berkenaan dengan data anda
§ 7 Hak aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan

Fungsi khas
§ 8 Kuiz On-boarding
§ 9 Kuiz kesihatan
§ 10 Temujanji Doktor secara Maya
§ 11 Mesej yang diperibadikan
§ 12 Pencarian doktor
§ 13 Pelan perubatan - pemeriksaan interaksi
§ 14 Buku Harian
§ 15 Penerimaan suratberita (“newsletter“)
§ 16 Penggunaan alat pengesanan dan analisis

Lain-Lain

Bahagian Am

Berikut adalah maklumat-maklumat penting mengenai pemprosesan data anda di Vivy-App dan hak anda yang berkaitan dengannya. Pertama sekali, fungsi asas Vivy-App dijelaskan. Secara umumnya, fungsi tambahan hanya akan diaktifkan dengan persetujuan eksplisit anda; ini dijelaskan dengan terperinci di bahagian "Fungsi Khas".

§ 1 Nama dan alamat pengawal data

Pernyataan privasi ini terpakai terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh Vivy GmbH yang berperanan sebagai pengawal yang bertanggungjawab dalam pemprosesan data. Berikut adalah maklumat hubungan kami:

Vivy GmbH

diwakili oleh pengarah-pengarah urusan

Mr. Roland Kirch dan Dr. Catharina Schauer
Schützenstraße 18
10117 Berlin, Germany

Emel: support@vivy.com

§ 2 Maklumat hubungan pegawai perlindungan data

Vivy telah melantik pegawai perlindungan data syarikat. Anda boleh menghubungi beliau melalui alamat di atas atau di alamat emel berikut: privacy@vivy.com .

§ 3 Pendaftaran/Pengurusan akaun

Apakah kategori data peribadi yang kami proses? Sekiranya anda ingin membuka akaun pengguna di Vivy-App untuk menggunakan Vivy-App, anda memerlukan kod QR dan PIN yang diberikan kepada anda oleh syarikat insurans kesihatan anda. Anda harus imbas kod QR ini menggunakan telefon pintar anda dan masukkan PIN semasa proses pendaftaran. Kod QR berkenaan mengandungi maklumat mengenai nama syarikat insurans kesihatan anda, tarif insurans anda, ID dalaman tambahan, ID QR, ID Sasaran dan Kunci Pengguna. Maklumat kod QR akan dimuat naik ke profil anda di Vivy-App yang merupakan sebahagian daripada proses pengimbasan. Hanya ID QR dan nama syarikat insurans kesihatan anda sahaja yang akan dikirim dan disimpan di server Vivy, sementara maklumat lain yang terdapat dalam kod QR diproses dan disimpan di peranti anda.

Tambahan pula, kami mengumpul data komunikasi anda semasa anda mendaftar di Vivy-App dengan tujuan untuk membuka akaun pengguna anda. Ini termasuk nama anda yang anda ingin dikenali dalam aplikasi, alamat emel dan nombor telefon anda. Sebelum anda memasukkan data ini, anda akan ditanya di negara mana yang anda akan menggunakan Aplikasi Vivy.

Anda boleh menukar nombor telefon dan kata laluan anda pada bila-bila masa melalui “Seting” dalam aplikasi Vivy. Sila klik pada “Akaun” dan bermula proses pertukaran.

Apakah kegunaan data peribadi anda? Penyimpanan data yang diberi oleh anda semasa proses pendaftaran akan digunakan dalam menyediakan akaun pengguna anda dan melengkapkan profil anda berdasarkan kandungan yang tersedia untuk anda.

ID QR berfungsi sebagai pengecam tanpa nama anda yang membolehkan Vivy untuk menjalankan tugas-tugas tertentu seperti memaparkan pendaftaran anda dan penerimaan Terma-terma Penggunaan kami di pelayan kami. Di samping itu, Vivy menghantar ID QR kepada syarikat insurans kesihatan anda setelah pendaftaran anda di Vivy-App. Ini bertujuan untuk mengesahkan pendaftaran anda di Vivy-Ap supaya maklumat in disalurkan ke syarikat insurans kesihatan anda. Vivy tidak akan mengetahui nama sebenar anda atau data lain yang disimpan di peranti anda.

Nama syarikat insurans kesihatan anda digunakan oleh Vivy untuk penilaian statistik mengenai jumlah individu yang diinsuranskan dari syarikat insurans yang telah mendaftar untuk pertama kali di Vivy-App dalam jangka masa tertentu. Penilaian dilakukan berdasarkan data yang telah dianonimisasi – tidak ada rujukan yang dilakukan kepada anda atau profil anda.

ID Sasaran dan Kunci Pengguna boleh digunakan oleh syarikat insurans kesihatan anda untuk menghantar mesej peribadi kepada anda atau untuk mengemas kini profil anda dalam Aplikasi Vivy.

Hanya syarikat insurans kesihatan anda sahaja yang mempuyai maklumat mengenai individu yang berada disebalik ID dalaman. Pada pihak Vivy dan semua pertukaran data dengan pelayan Vivy, seperti penerimaan Syarat Penggunaan kami, anda hanyalah ID QR tertentu atau dengan kata lain hanyalah nombor rawak.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Asas undang-undang pemprosesan data adalah untuk pemenuhan kontrak kami dengan anda untuk penggunaan Vivy-App.

Adakah diperlukan untuk memberikan data peribadi anda atau ianya atas dasar sukarela? Sekiranya diperlukan, apakah akibat daripada kegagalan memberikan data peribadi? Untuk menggunakan Vivy-App, prosses pendaftaran adalah diperlukan . Sekiranya data yang diberikan tidak lengkap, proses pendaftaran akan tergendala dan kemampuan menggunakan Vivy-App akan terhalang]

Apa pilihan dan cara yang disediakan oleh Vivy untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda? Vivy hanya meminta data peribadi anda yang diperlukan untuk membuka akaun Vivy anda. Selain itu, semua data peribadi yang tidak disimpan di pelayan komputer. Vivy akan disimpan sepenuhnya pada peranti anda.

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data anda akan disimpan dengan selamat dan akan dihapus ketika anda meminta Vivy menghapus data anda atau ketika anda memulakan penghapusan akaun. Anda juga mempunyai pilihan untuk menghapus data profil anda, yang hanya disimpan di telefon pintar anda, dengan cara menghapus Vivy-App.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data yang diproses semasa pendaftaran akan diproses di server Amazon Web Services EMEA S.A.R.L., yang terletak di Luxembourg. Pemprosesan data mengambil tempat di Frankfurt am Main, Jerman. Amazon Web Services EMEA S.A.R.L. bertindak sebagai pemproses Vivy selaras dengan peraturan perlindungan data.

Untuk pengesahan 2-faktor melalui SMS, kami menggunakan perkhidmatan Twilio Inc. 375 Beale Street, Suite 300, San Francisco, CA 94105. Kami akan memberi nombor telefon anda kepada Twilio Inc. yang berperanan sebagai pemproses untuk kami. Penyedia servis ini memenuhi piawaian perlindungan data tertinggi dan memproses data anda berdasarkan peraturan korporat yang mengikat yang disetujui, sesuai dengan Artikel 47 GDPR. Anda boleh mendapatkan pernyataan privasi Twilio di https://www.twilio.com/legal/privacy .

§ 4 Khidmat Pelanggan

Apakah kategori data peribadi yang kami proses? Jika anda menghubungi kami, kami memproses data kontak anda dan maklumat lain yang anda berikan.

Apakah kegunaan data peribadi anda? Kami menggunakan data yang disediakan untuk memproses dan mendokumentasikan permintaan atau maklum balas anda.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Asas undang-undang untuk pemprosesan adalah berdasarkan kewajiban (pra-) kontrak kami.

Adakah diperlukan untuk memberikan data peribadi anda atau ianya atas dasar sukarela? Sekiranya diperlukan, apakah akibat daripada kegagalan memberikan data peribadi? Penggunaan perkhidmatan pelanggan Vivy adalah secara sukarela. Oleh itu, semua data peribadi anda yang diproses ketika menghubungi sokongan pelanggan adalah berdasarkan penyediaan data tersebut secara sukarela.

Apa pilihan dan cara yang disediakan oleh Vivy untuk anda mengehadkan pemprosesan data peribadi anda? Vivy hanya memproses butiran kontak anda yang diperlukan sahaja untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berfungsi.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Bagi tujuan menjawab dan mendokumentasi pertanyaan pelanggan, kami menggunakan platform perkhidmatan pelanggan Zendesk Inc., 989 Market Street #300, San Francisco, CA 94102. Zendesk Inc. berperanan sebagai pemproses kami. Zendesk memenuhi piawaian perlindungan data tertinggi dan memproses data anda berdasarkan peraturan perusahaan yang mengikat, sesuai dengan Artikel 47 GDPR.

Anda boleh mendapatkan penyataan privasi Zendesk Inc. di https://www.zendesk.com/company/customers-partners/privacy-policy/ .

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Kami menganonimitikan pertanyaan yang lengkap selepas 180 hari. Pertanyaan tersebut akan disimpan untuk tujuan statistik selama 24 bulan dan akan dihapuskan kemudian.

§ 5 Penyediaan cadangan, kandungan dan maklumat yang tidak disaring melalui mesej kesihatan

Apakah kategori data peribadi yang kami memproses ? Kami menggunakan nama syarikat insurans anda untuk menyediakan berita kesihatan (sila lihat § 3 "Pendaftaran").

Apakah kegunaan memproses data peribadi anda ketika pemprosesan data ini? Tujuan fungsi ini adalah untuk memberi anda petua untuk gaya hidup yang sihat, tawaran dan perkhidmatan tambahan serta maklumat lebih lanjut. Maklumat-maklumat ini boleh diberikan dari Vivy dan juga dari syarikat insurans kesihatan anda. Namun, oleh kerana hanya Vivy yang menghantar maklumat tersebut terus ke telefon pintar anda, kami memerlukan nama syarikat insurans anda untuk memastikan bahawa anda tidak menerima maklumat dari syarikat insurans kesihatan yang lain. Pemprosesan ini mengambil tempat secara eksklusif di telefon pintar anda.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Asas undang-undang untuk pemprosesan adalah berdasarkan kewajiban (pra-) kontrak kami.

Adakah diperlukan untuk memberikan data peribadi anda atau ianya atas dasar sukarela? Sekiranya diperlukan, apakah akibat daripada kegagalan memberikan data peribadi? Untuk penggunaan Vivy-App Pemprosesan nama insurans kesihatan anda adalah diperlukan. Maklumat tersebut diberikan semasa proses pendaftaran melalui pengimbasan kod QR. Sekiranya anda tidak mengimbas kod QR, pendaftaran dalam Vivy-App tidak akan dapat dilakukan.

Apa pilihan dan cara yang disediakan oleh Vivy untuk anda mengehadkan pemprosesan data peribadi anda? Vivy hanya memproses nama insurans anda dan tidak memproses data peribadi lain ketika memberikan anda maklumat yang relevan dari insurans anda.

Dengan siapa kami berkongsi data anda semasa pemprosesan data ini? Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga dalam pemprosesan data ini.

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data yang dikumpulkan akan disimpan sehingga tidak diperlukan lagi untuk tujuan pengumpulannya. Data anda akan dihapus sekiranya anda meminta untuk menghapus akaun pengguna anda.

§ 6 Hak anda berkenaan dengan data anda

Akses : Anda mempunyai hak untuk meminta maklumat dari kami pada bila-bila masa mengenai data yang disimpan berhubung dengan anda. Ini juga terpakai untuk penerima atau kategori penerima kepada siapa data tersebut disampaikan, tujuan dan jangka masa penyimpanan.

Pembetulan dan penghapusan : Anda juga berhak untuk menuntut pembetulan dan penghapusan data peribasi anda.

Bantahan terhadap pemprosesan: Asas undang-undang untuk memproses data peribadi bagi pelaksanaan tugas demi kepentingan umum atau untuk melindungi kepentingan yang sah sesuai dengan klausa ini adalah dengan persetujuan anda. Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda pada bila-bila masa untuk berkuatkuasa pada masa depan. Sekiranya panda menarik balik persetujuan anda, kami tidak akan memproses data anda dengan lebih lanjut untuk tujuan yang disebutkan di atas, melainkan ada alasan yang kukuh untuk memproses data tersebut yang layak dilindungi dan melebihi kepentingan, hak dan kebebasan anda; atau pemprosesan adalah perlu untuk penegasan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang.

Pemprosesan data boleh dibantah berdasarkan sebab yang timbul dari situasi spesifik.

Portabiliti data: Tambahan pula, anda boleh meminta salinan semua data yang diproses oleh Vivy pada bila-bila masa.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan hak anda? Untuk menggunakan hak anda, sila hubungi Vivy GmbH, Schützenstraße 18, 10117 Berlin atau hantarkan emel ke support@vivy.com .

§ 7 Hak aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan

Tanpa menjejaskan sebarang kaedah penyelesaian pentadbiran atau kehakiman lain, anda berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data. Anda boleh membuat aduan tersebut dengan menghubungi pihak berkuasa perlindungan data di tempat kediaman biasa atau di ibu pejabat kami. Alamat pihak berkuasa penyelia yang bertanggungjawab untuk Vivy adalah:

Berlin Commissioner for Data Protection and Freedom of Information

Friedrichstrasse 219

10969 Berlin, Germany

Fungsi khas

Sebagai tambahan kepada fungsi asas Vivy-App, antara fungsi lain, kami menawarkan perkhidmatan tersendiri yang anda boleh gunakan untuk membina profil anda dan, berdasarkan profil ini, anda boleh mendapat maklumat khusus mengenai cara meningkatkan kesihatan dan memperbaiki gaya hidup anda. Di samping itu, Vivy memberikan anda perkhidmatan lebih lanjut seperti temu janji secara maya dengan doktor atau membuat perancangan ubat dan pemeriksaan interaksi. Penyediaan fungsi tertentu bergantung kepada tarif insurans yang telah anda melanggan dengan syarikat insurans kesihatan anda.

§ 8 Kuiz On-boarding

Apakah kategori data peribadi yang kami memproses? Selepas pendaftaran, anda boleh melengkapkan profil anda dengan melengkapkan kuiz onboarding. Dengan berbuat demikian, kami akan memproses maklumat mengenai kesihatan, kecergasan atau maklumat lain mengenai gaya hidup anda. Secara khususnya, data ini adalah data kesihatan. Anda boleh mengubah data yang telah anda berikan pada bila-bila masa sahaja di dalam tetapan atau menghapusnya dengan menarik balik persetujuan anda.

Apakah kegunaan data peribadi anda? Pemprosesan data anda berfungsi secara eksklusif untuk melengkapkan profil anda dan hanya berlaku pada telefon pintar anda. Di samping itu, anda mempunyai pilihan untuk menerima cadangan dan maklumat lain mengenai gaya hidup sihat berdasarkan profil anda (lihat § 11 "Mesej yang diperibadikan").

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Pelaksanaan kuiz onboarding adalah secara sukarela. Asas undang-undang untuk fungsi ini adalah persetujuan anda. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa berkuat kuasa di masa depan dalam item menu "Tetapan" ("Settings"). Walau bagaimanapun, kesahihan penyimpanan data berdasarkan persetujuan anda sehingga pembatalan persetujuan anda tidak dipengaruhi oleh perkara ini.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga dalam pemprosesan data ini.

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data anda yang dikumpulkan semasa kuiz on-boarding disimpan secara eksklusif pada telefon pintar anda. Anda sendiri yang memutuskan berapa lama data ini akan disimpan. Anda boleh menghapus data dengan menghapus Vivy-Spp atau menarik balik persetujuan anda (lihat di atas).

§ 9 Kuiz kesihatan

Apakah kategori data peribadi yang kami proses? Anda boleh melengkapkan profil anda dengan mengambil kuiz-kuiz yang disediakan. Kami memproses maklumat mengenai gaya hidup anda, kondisi kesihatan, kemungkinan penyakit terdahulu, dll. Data ini adalah data kesihatan.

Mengapa kami memproses data peribadi anda? Jawapan anda untuk setiap soalan kuiz akan dianalisis berdasarkan prosedur ujian saintifik.

Oleh itu, sila ambil maklum bahawa kuiz kesihatan tidak menggantikan konsultasi doktor, tetapi hanya berdasarkan tinjauan statistik dan empirikal.

Pemprosesan data anda berfungsi untuk melengkapkan profil anda. Di samping itu, anda mempunyai pilihan untuk menerima cadangan dan maklumat lain mengenai gaya hidup sihat berdasarkan profil anda (lihat § 11 "Mesej yang diperibadikan").

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Pelaksanaan kuiz onboarding adalah secara sukarela. Dasar undang-undang untuk fungsi ini adalah persetujuan anda. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa berkuat kuasa di masa depan dalam item menu "Tetapan". Walau bagaimanapun, kesahihan penyimpanan data berdasarkan persetujuan anda sehingga pembatalan persetujuan anda tidak dipengaruhi oleh perkara ini.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga dalam pemprosesan data ini.

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data anda yang dikumpulkan semasa kuiz on-boarding disimpan secara eksklusif pada telefon pintar anda. Anda sendiri yang memutuskan berapa lama data ini akan disimpan. Anda boleh menghapus data dengan menghapus aplikasi atau menarik balik persetujuan anda (lihat di atas).

§ 10 Temujanji Doktor secara Maya

Apakah kategori data peribadi yang kami memproses ? Melalui Vivy-App, anda mempunyai peluang untuk berjumpa dengan doktor melalui rundingan video, Sebagai contoh, setelah menyelesaikan kuiz kesihatan yang bertujuan untuk membincangkan hasil kuiz bersama doktor yang dilantik oleh syarikat insurans kesihatan anda. Sebarang hasil kuiz kesihatan tidak akan dihantar atau diproses secara berasingan. Panggilan telefon video juga tidak akan dirakam. Malah, alamat IP anda akan dihantar kepada penyedia infrastruktur yang diperlukan untuk rundingan video.

Vivy sendiri tidak menyediakan perkhidmatan perubatan dan/atau terapi bersama ciri temujanji doktor secara maya. Hal ini disediakan khas untuk doktor yang berhubung dengan anda. Oleh itu, pernyataan privasi yang tersedia tidak mempunyai prosedur pemprosesan data yang dijalankan dibawah tanggungjawab doktor itu sendiri. Walau bagaimanapun, semua doktor yang terlibat dalam ciri temujanji doktor secara maya diwajibkan secara sah untuk menjaga data peribadi selaras dengan perlindungan data dan peraturan profesional. Doktor tersebut bertanggungjawab sepenuhnya dalam memproses data anda lebih lanjut setelah rundingan video.

Apakah kegunaan data peribadi anda? Kami memproses data anda untuk menawarkan perkhidmatan temujanji dengan doktor secara maya.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Asas undang-undang untuk pemprosesan adalah berdasarkan kewajiban (pra-) kontrak kami.

Adakah diperlukan untuk memberikan data peribadi anda atau ianya atas dasar sukarela? Sekiranya diperlukan, apakah akibat daripada kegagalan memberikan data peribadi? Pemprosesan alamat IP anda adalah diperlukan untuk menggunakan ciri temujanji doktor maya yang disediakan dalam Vivy-App. Penggunaan ciri temujanji doktor maya disediakan di pelayan luaran, yang dimasukkan setelah anda mengklik butang ciri tersebut. Dengan merujuk anda ke pelayan seperti itu, secara automatik alamat IP anda juga akan dihantar kepada pelayan tersebut. Oleh kerana pemprosesan ini berlaku secara automatik, anda sebenarnya tidak boleh gagal memberikan data peribadi anda.

Apa pilihan dan cara yang disediakan oleh Vivy untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda? Vivy hanya akan menghantar alamat IP anda dan tidak akan menghantar data peribadi lain, khususnya tidak ada maklumat mengenai hasil kuiz kesihatan yang akan dihantar.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Semasa menggunakan temu janji doktor secara maya, alamat IP anda akan dihantar kepada penyedia infrastruktur perundingan video, XPertyme GmbH, Riedeselstraße 47, 82319 Starnberg, Jerman. XPertyme GmbH bertindak sebagai pemproses data Vivy. Anda boleh mendapatkan pernyataan privasi XPertyme GmbH di https://www.xpertyme.com/de/page/privacy-policy .

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Alamat IP anda hanya diproses bergantung kepada tempoh panggilan. Penyimpanan data anda tidak akan mengambil tempat jika ia melebihi data anda.

§ 11 Mesej yang diperibadikan

Apakah kategori data peribadi yang kami proses ? Anda boleh menerima kandungan yang diperibadikan (tawaran, tip dan maklumat) berdasarkan profil khusus anda. Kandungan akan dihantar ke Vivy-App anda. Anda hanya akan menerima maklumat yang Vivy atau syarikat insurans kesihatan berpendapat akan menarik minat anda. Ini dilakukan dengan memadankan kandungan mesej dengan data profil anda. Data ini adalah data kesihatan. Penyaringan mesej hanya mengambil tempat di telefon pintar anda.

Mengapa kami memproses data peribadi anda? Kami memproses data anda untuk menghantar mesej-mesej yang boleh menarik minat anda berdasarkan profil pengguna dan kesihatan anda.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Penapisan mesej berdasarkan profil pengguna dan kesihatan anda adalah secara sukarela. Dasar undang-undang untuk fungsi ini adalah persetujuan anda. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa untuk berkuat kuasa di masa depan dalam item menu "Tetapan". Walaubagaimanapun, kesahihan penyimpanan data berdasarkan persetujuan anda sehingga pembatalan persetujuan anda tidak dipengaruhi oleh perkara ini.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga dalam pemprosesan data ini.

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data anda akan diproses secara eksklusif pada telefon pintar anda dan hanya ketika sebuah mesej dihantar ke Vivy-App anda. Tiada penyimpanan data tambahan yang berlaku ke atas data yang sudah ada di profil pengguna dan kesihatan anda.

§ 12 Pencarian doktor

Apakah kategori data peribadi yang kami proses ? Dengan fungsi aplikasi "Pencarian doktor" ("Doctor Search“), anda mempunyai kemudahan untuk mencari doktor di kawasan anda dengan memasukkan bidang kepakaran tertentu. Petunjuk bidang kepakaran dalam konteks pencarian doktor adalah berdasarkan data kesihatan. Vivy-App menggunakan fungsi penyetempatan telefon pintar anda untuk menunjukkan doktor bidang kepakaran yang anda cari dan memberikan kemungkinan penyetempatan doktor ditunjukkan dalam Vivy-App dengan menggunakan Google Maps API. Hanya maklumat mengenai garis lintang dan garis bujur kedudukan doktor tersebut akan dikongsi dengan Peta Google.

Mengapa kami memproses data peribadi anda? Tujuan fungsi ini adalah untuk membolehkan anda mencari doktor yang berkaitan dengan insurans kesihatan anda. Pencarian dibuat di telefon pintar anda berdasarkan senarai doktor yang sentiasa dikemas kini. Sebaik sahaja anda memasukkan bidang kepakaran, semua doktor yang terlatih dalam bidang tersebut akan dipaparkan pada skrin. Pemprosesan dilakukan hanya pada telefon pintar anda. Tidak ada pertukaran yang berlaku dengan pelayan Vivy.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Input maklumat mengenai bidang kepakaran yang anda cari dalam Aplikasi Vivy adalah secara sukarela. Asas undang-undang untuk perbandingan dengan senarai doktor adalah persetujuan anda. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa untuk berkuat kuasa di masa depan dalam item menu "Tetapan" ("Settings"). Walau bagaimanapun, kesahihan penyimpanan data berdasarkan persetujuan anda sehingga pembatalan persetujuan anda tidak dipengaruhi oleh perkara ini.

Input alamat atau memberikan kebenaran untuk mengakses data penyetempatan telefon pintar anda adalah sukarela. Asas undang-undang untuk pemprosesan adalah berdasarkan kewajiban (pra-) kontrak kami.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga dalam pemprosesan data ini.

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data anda akan diproses secara eksklusif pada telefon pintar anda dan hanya pada masa anda menggunakan fungsi carian doktor. Data carian doktor anda atau bidang kepakaran yang anda telah masukkan tidak akan di simpan untuk kegunaan masa depan pada telefon pintar anda mahupun terhadap pelayan Vivy.

§ 13 Pelan perubatan - pemeriksaan interaksi

Apakah kategori data peribadi yang kami memproses ? Dengan bantuan perancangan ubat, anda boleh mengingatkan diri anda tentang masa untuk anda mengambil ubat. Sebagai tambahan, kami menggunakan pemeriksaan interaksi yang anda berikan dalam aplikasi ubat anda untuk memaklumkan anda tentang kemungkinan reaksi dari ubat yang anda ambil. Maklumat ini adalah maklumat data kesihatan.

Mengapa kami memproses data peribadi anda? Tujuan fungsi ini adalah untuk mengingatkan anda untuk mengambil ubat anda tepat pada waktunya dan memaklumkan anda mengenai sebarang reaksi terhadap ubat tersebut. Setelah anda mengambil ubat anda, Vivy akan memaklumkan anda mengenai kemungkinan reaksi yang ada dengan ubat lain yang dipaparkan dalam aplikasi.

Sila ambil maklum bahawa ciri reaksi ubat-ubatan tidak dimaksudkan sebagai pengganti nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan profesional, tetapi hanya berfungsi sebagai kemungkinan indikasi reaksi. Anda harus selalu menghubungi doktor untuk mendapatkan penjelasan kemungkinan berlakunya interaksi ubat yang anda ambil yang dipaparkan dalam Vivy-App.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data ini? Kemasukan ubat dalam aplikasi ini adalah secara sukarela. Asas undang-undang untuk memeriksa ubat bagi mengetahui sebarang interaksi adalah persetujuan anda. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa untuk berkuat kuasa di masa hadapan dalam item menu "Tetapan" ("Settings"). Walau bagaimanapun, kesahihan penyimpanan data berdasarkan persetujuan anda sehingga pembatalan persetujuan anda tidak dipengaruhi oleh perkara ini. Harap maklum bahawa anda tidak lagi dapat menggunakan fungsi aplikasi ini dan tidak akan dimaklumkan mengenai interaksi.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data yang anda kumpulkan akan disimpan di telefon pintar anda. Anda sendiri yang memutuskan berapa lama data ini akan disimpan. Anda boleh menghapus data dengan menghapus aplikasi atau dengan membatalkan persetujuan anda (lihat di atas).

§ 14 Buku Harian

Apakah kategori data peribadi yang kami proses? Anda mempunyai pilihan untuk memasukkan data status kesihatan dan kecergasan umum anda ke dalam Vivy-App secara manual dan juga menyimpannya dalam bentuk buku harian untuk memantau perkembangan anda. Di samping itu, anda juga boleh memberi Vivy-App akses ke aplikasi Apple Health anda - jika anda memiliki iPhone - atau ke Google Health Kit App anda - jika anda memiliki telefon pintar Android - dan berkongsi data yang tersimpan di situ dengan Vivy-App anda.

Akhirnya, anda boleh mengukur tahap tekanan anda dengan mengimbas jari ke kamera telefon pintar anda. Pengukuran tekanan akan berlaku dengan meletakkan jari anda pada kamera telefon pintar selama satu minit. Pencahayaan pada hujung jari anda membolehkan analisis saluran darah anda. Berdasarkan analisis ini, Vivy-App boleh menentukan kebolehubahan degupan jantung anda dan dengan itu, daya tahan tekanan anda.

Mengapa kami memproses data peribadi anda? Kami menggunakan data anda untuk membangun profil anda dengan lebih lanjut mengenai status kesihatan dan kecergasan anda, untuk menghantar anda petua dan mesej kesihatan, dan juga untuk membolehkan anda mengesan perkembangan kesihatan anda.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data khusus ini? Penggunaan fungsi buku harian dan entri data anda adalah secara sukarela. Asas undang-undang untuk fungsi ini adalah persetujuan anda. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa untuk berkuat kuasa pada masa depan dalam item menu "Tetapan" ("Settings") . Walau bagaimanapun, kesahihan penyimpanan data berdasarkan persetujuan anda sehingga pembatalan persetujuan anda tidak dipengaruhi oleh perkara ini.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga dalam pemprosesan data ini.

Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data anda yang dikumpulkan disimpan secara eksklusif pada telefon pintar anda. Anda sendiri yang memutuskan berapa lama data ini akan disimpan. Anda boleh menghapus data sama ada dengan menghapus Aplikasi Vivy atau menarik balik persetujuan anda (lihat di atas).

§ 15 Penerimaan suratberita (“newsletter“)

Apakah kategori data peribadi yang kami proses ? Anda boleh memilih untuk menerima surat pekeliling daripada kami yang mengandungi maklumat lebih lanjut. Surat pekeliling ini mengandungi maklumat terkini mengenai Vivy dan perkembangan Vivy-App. Untuk menghantar surat pekeliling ini, kami menggunakan alamat emel anda.

Apakah kegunaan data peribadi anda dalam pemprosesan data ini? Tawaran ini bertujuan untuk memberi anda maklumat terkini mengenai perkembangan Vivy-App dengan lebih lanjut. Kami akan memaklumkan kepada anda mengenai fungsi baru dan tawaran perkhidmatan kami. Untuk memberi anda cadangan produk dalam Vivy-App, kami memerlukan butiran hubungan anda.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data ini? Penggunaan data hubungan anda adalah berdasarkan persetujuan. Anda boleh membatalkan persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda pada bila-bila masa untuk berkuatkuasa pada masa depan. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa untuk berkuat kuasa di masa hadapan dalam item menu "Tetapan" ("Settings") atau dengan menghantar pembatalan anda ke support@vivy.com . Walaubagaimanapun, kesahihan penyimpanan data kenalan anda, yang dilakukan berdasarkan persetujuan anda sehingga pembatalan persetujuan anda tidak dipengaruhi oleh ini.

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Kami menggunakan data hubungan anda untuk penyediaan surat pekeliling kami sehingga data tersebut tidak lagi diperlukan untuk tujuan ini. Surat pekeliling akan diberikan sehingga anda membatalkan persetujuan anda atau menghapus akaun Vivy anda.

§ 16 Penggunaan alat pengesanan dan analisis

Apakah kategori data peribadi yang kami proses ? Kami menggunakan alat penjejakan dan analisis Crashlytics, yang menggunakan maklumat mengenai telefon pintar anda (sistem operasi dan versi sistem operasi).

Kami juga merakam layar aplikasi yang anda buka, masa yang anda habiskan ketika menggunakan aplikasi tersebut dan interaksi anda bersama skrin tersebut. Di samping itu, kami mengumpulkan maklumat mengenai peranti yang anda gunakan dan tetapannya (cth., versi sistem operasi peranti tersebut, resolusi skrin dll.). Oleh kerana kami menganonimitikan alamat IP anda sebelum kami mengumpulkan data, kami tidak boleh memadankan data yang dikumpulkan dengan profil pengguna anda. Data yang dikumpul hanya digunakan dalam bentuk agregat dan tidak dianalisis secara individu. Vivy menggunakan penyelesaian penjejakan yang tersendiri dan tidak melibatkan syarikat pihak ketiga.

Mengapa kami memproses data peribadi anda? Kami menggunakan data anda untuk membuat analisis terhadap penggunaan aplikasi kami demi meningkatkan fitur dan mengoptimumkan pengalaman pengguna.

Kami memerlukan maklumat mengenai peranti anda dan akan berkongsi maklumat tersebut dengan Crashlytics bagi mengukur kefungsian Vivy-App. Ini membolehkan kami mengumpul laporan kesilapan dan kerosakan mengenai Vivy-App dalam jangka masa yang bersesuaian dan sejurus itu mengambil langkah-langkah yang dikendaki bagi memastikan Vivy-App berfungsi dengan baik.

Apakah asas undang-undang untuk pemprosesan data ini? Asas undang-undang adalah persetujuan anda. Anda boleh membatalkan persetujuan ini pada bila-bila masa untuk berkuatkuasa di masa depan. Walau bagaimanapun, kesahihan penyimpanan data berdasarkan persetujuan anda sehingga pembatalan persetujuan anda tidak dipengaruhi oleh perkara ini. Anda boleh menghantar pembatalan anda pada bila-bila masa ke Perkhidmatan Pelanggan Vivy di support@vivy.com . Dalam keadaan khas yang menjadikan analisis laporan ralat dan kerosakan diperlukan untuk mengekalkan operasi Vivy-App, Vivy boleh bertindak atas dasar kepentingan yang sah dan dalam hal ini tidak memerlukan persetujuan nyata anda. Hak anda untuk membantah pemprosesan tersebut tidak terjejas (lihat Bahagian 6 Pernyataan Privasi ini).

Dengan siapa kami berkongsi data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Sekiranya anda telah memberikan persetujuan anda, kami akan menggunakan alat penyedia Crashlytics Google LLC (1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, USA) untuk menilai penggunaan aplikasi kami.

Crashlytics Google LLC menerima maklumat mengenai status peranti anda, cth. ID peranti dan maklumat sistem operasi yang diperlukan untuk menganalisis sebarang kegagalan. Alamat IP anda hanya akan dihantar dalam bentuk tanpa nama. Anda boleh mendapatkan butiran mengenai pernyataan privasi Google LLC di policies.google.com/privacy .

Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda semasa pemprosesan data ini? Data anda akan disimpan sehingga ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan yang dikumpulkan. Data Crashlytics akan dihapus selepas 180 hari.

Lain-Lain

Sekiranya berlaku apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Penyataan Privasi untuk Penggunaan Vivy, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Vivy App Privacy Statement Links